Sunday, December 13, 2009

EXCO PKR SELANGOR - KENYATAAN MENIPU RAKYAT LAGI!

Membaca kenyaaan Dr. Halimah dalam Sinar Harian hari ini, Ahad, 13 Disember 2009 saya tersenyum sendirian. Tak habis-habis nak menipu rakyat dan menunjukkan kononnya merekalah kerajaan yang terbaik. Exco yang dulu memeluk erat Exco Telanjang Selangor, Elizaberth Wong ini, akhir-akhir ini semakin ligat menipu rakyat.

SPIES adalah program kesinambungan yang diambil ibarat "copy & paste" daripada program Bina Insan yang diasaskan pada zaman Khir Toyo dahulu. Bila kerajaan caca-marba Pakatan Rakyat memerintah maka mereka menukar nama program tersebut kepada SPIES (Program Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosional dan Sosial) untuk menipu rakyat kononnya merekalah yang mengasaskan program ini. Dan si Dr. Halimah ini mengaut lagi melalui konsultan-konsultan kroni yang dilantik oleh mereka bahkan kebanyakan konsultan baru didaftarkan semata-maa projek kroni. Modul dan latihan yang diberikan adalah sama dengan Program Bina Insan dahulu cuma program SPIES bertujuan menarik sokongan rakyat semata-mata kepada mereka berbeza pada zaman kerajaan BN dahulu.

Halimah oh Halimah. Menipu lagi! Dah memang pun itu kerja Parti Kencing Rakyat..
diasaskan pun hanya untuk Anwar menjadi PM tapi sayang seribu kali sayang, Anwar kecundang dipelukan Shamsidar..Ikut telunjuk DAP nak haramkan BTN padahal Anwar bukan main bercakap soal DEB dan Ketuanan Melayu dalam ceramah BTN. Dan Dr. Halimah pun pernah ikut program BTN tapi tak mengaku bahkan sebahagian modul SPIES juga lebih kurang dengan modul BTN..oh Dr. Halimah..dulu buka Klinik di Shah Alam lebih banyak tutup daripada buka. Caj dahlah mahal memang nak kaya cepat tapi lepas jadi Exco...huhuhuhu!!memang kaya!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

BACALAH KENYATAAN MENIPU INI!

20 negara Asia kaji SPIES

SHAH ALAM - Program Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosional dan Sosial (SPIES) akan dibincangkan dalam Forum Persekutuan Belia Muslim Asia pada 19 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, ketika ada ‘suara-suara’ yang mendesak agar SPIES diharamkan, beliau amat berbangga apabila negara luar pula yang ingin mengkaji modul itu.

Menurutnya, forum itu akan disertai belia-belia daripada 22 negara Asia termasuk Jepun, Bangladesh dan turut disertai pemimpin-pemimpin belia dari Malaysia.

“Ini merupakan satu pencapaian dan penghormatan kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat apabila kurikulum ini akan dibincangkan bersama pemimpin-pemimpin muda dari luar negara.

“Mereka ingin mengetahui apa itu SPIES, apakah konsep dan modul yang dilaksanakan dan adakah ia sesuai dibawa ke negara masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Halimah berkata, Malaysia turut menghantar wakil daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang antaranya adalah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“SPIES kini dibincangkan di peringkat antarabangsa bukan lagi di Malaysia sahaja kerana konsepnya meliputi elemen penting dalam kehidupan manusia.

1 comment:

  1. assalamulaikum...

    xslhkan nk komen n mengingti..

    gua stuju btl dgn korng smua...sy xsokong pkr sbb pkr 2 asal umno gk.

    bab politik plak, gua xkata ummno 2 slh. dlm umno ad y baik, dlm pas ad gk y buruk. kita sama2 lh baiki smu 2.

    tp gua ad reason tersndiri knpe gua kt pas. y 2 korg cr sendiri knpe. org kata nk tau kne blajar, pe la dengar2 ceramah agama.
    cthny mengapa sy tolk umno..
    dlm Al-Quran ad empat perkara y ditekan kn, puasa, wahsiat, hukum hudud, pergaulan. knpe krjaan tolng hukum hudud xtau la, sedangkan hukum hudud 2 prlu dilaksanakn, pelaksanaany sm cm kita wajib puasa. klu kita kata hudud xblh dprktik skrng mka ibarat cm kita kata puasa 2 pn xsesuai. lbh kung cm 2 la. dlm sjarah nabi, setlh jd perdana menteri madinah, pertama skali pelembgaan islm, nabi nk buat undng2 sndiri tp ALLAH xbenarkan sbb DIA tau nabi akan letk seringan2 hukuman sbb dia syg pd umat ny, tp ALLAH titahkn dlm al-Quran supaya laksaknlh hukum hudud iaitu hukum kisaq. 2 antr sbb para ulamat perjuangkn hukum 2. why ke dua, klu org membunuh hukum dia bunuh, dlm udng2 mlysia tali gantung tp hudud pancung dgn pedang. scr waras kita fkir sm je tp sbnrny kita clp. ALLAH arh pancung mereka y membunuh tp kita p gantung, cian kt mereka sbb ble kt padng masyar septutnya dosa dh kurng sbb kne gantung tp ALLAH xterima dgn hukuman 2 sbb xikut ckp DIA. so sia2 je org 2 mati d dunia kne gantung tp dosa xterhapus. so klu kita umat islam, kita akn selamtkn sesama umat kita.

    cuma gua nk bg tau la, jgn sesekali kita benci ahli agama mau pn ulamak. xkesh la sokong sape2 pn. sbb nabi dh ckp y menymbung ape y beliau bt bkn keturunan tp para ulamak. katakan pas n umno duk gaduh, tb2 kiamat, kat seblh mane anda nk duk, sblh dketuai ulamak or bangsawan?? klu sy lbh ykin ulamak la. y kedua npe kita xblh bnci para ugama ni, katakan kita mati, sape y mandikan kita? y tanam kita? xln xbkn org ugama la y urus kita. xkn kita nk suruh bangsawan uruskn kita manyat kitakn.

    sy ok dibwh pentadbirn spe2 pn aslong dia utamakan agama.
    so, xprlu gaduh kot.. kita sokong y mane wajib bkn sokong y mane kita nk k. wassalam..

    ReplyDelete