Sunday, June 28, 2009

REZEKI PENJUAL IKAN DI MANEK URAI

Seorang sahabat yang kerjanya sebagai penjual ikan berkata : "Alamak, kalau aku tahu PAS nak calonkan penjual ikan sebagai calon PRK Manek Urai sudah pasti aku akan pergi jual ikan di sana".

Hebat, pertentangan 50-50 antara seorang penjual ikan dan pengurus KESEDAR yang akan bertanding merebut kerusi DUN Manek Urai. Siapakah yang akan menjadi wakil penduduk Manek Urai....itu adalah keputusan mereka yang akan menggambarkan mentaliti mereka. Mahukan ikan percuma atau pembangunan menyeluruh untuk generasi akan datang iaitu calon BN, orang muda yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan dan pengurusan. Lu pilihlah nanti!

Seorang sahabat pula berkata : "Orang yang bertanda hitam di dahinya itu akan masuk ke neraka dahulu kerana apabila ada riaknya nak menunjukkan kuatnya ibadah mereka. Kalau tak percaya, cuba sujud tanpa henti selama setahun (365 hari) tanpa henti ata papan tanpa sejadah apakah akan ada tanda itu di dahi melainkan geng Syiah yang meletakkan dua batu atas sejadah dan sujud atas batu tersebut...Itu lagilah berdosa katanya pasal nak menunjuk-nunjuk bahawa merekalah paling alim"

Errr..bab ni gua "no comment". Tapi tengok gambar calon PAS ni ada tanda tu! Gua taknak jadi macam orang PAS yang suka mengkafirkan orang kerana bab ibadah dan hati ini itu urusan dengan Tuhan dan hanya Tuhan yang menentukannya di akhirat kelak!
nota : Seorang YB PKR di Selangor bekas drebar lori, selepas jadi YB langsung berlagak dan jarang turun kawasan. MB Si Khalid turun kawasan pun dia tak ada...Apa cerita beb!....Jangan calon YB Manek Urai pun akan jadi begitu, takut-takut nanti sibuk jual ikan kat tempat lain pulak! Mana tahu lagi jauh ambik ikan kat Pasar Borong Selayang!

No comments:

Post a Comment